Terus ke kandungan

Terma penggunaan

Perkhidmatan

Hadir membolehkan anda mereka kad jemputan digital, mengumpul RSVP dan ucapan. Mereka dan pratonton kad adalah percuma. Kad perlu diaktifkan sebelum dikongsi tanpa tanda pratonton.

Kandungan anda

Anda bertanggungjawab ke atas nama, gambar, lagu dan maklumat akaun bank yang dimasukkan. Muat naik hanya gambar dan lagu yang anda berhak kongsi. Kami boleh menyahaktifkan kad yang mengandungi kandungan menyalahi undang undang atau menipu.

Salam kaut

Hadir hanya memaparkan nombor akaun dan kod QR yang anda beri. Wang dihantar terus oleh tetamu kepada akaun itu. Hadir tidak memegang atau memproses sebarang bayaran antara tetamu dan pengantin.

Tempoh aktif

Kad yang diaktifkan kekal aktif selama setahun dari tarikh majlis pertama. Selepas itu kad memaparkan notis tamat tempoh.

Had tanggungjawab

Kami berusaha memastikan perkhidmatan sentiasa berjalan, tetapi tidak menjamin tiada gangguan. Simpan salinan senarai RSVP anda melalui muat turun CSV sebelum hari majlis.