Terus ke kandungan

Tahu siapa datang, sebelum lauk dimasak.

Kad kahwin digital yang faham majlis kita. Akad nikah, sanding dan bertandang dalam satu kad, dengan tetamu pihak lelaki dan pihak perempuan dikira berasingan.

10 motif, 9 warna dan 5 animasi bukaan. Reka dan pratonton tanpa bayaran.

Pilih motif dahulu

Setiap motif boleh dipadankan dengan mana mana warna. Tukar kemudian pun maklumat anda kekal.

Lihat semua design

Satu pautan untuk tetamu.
Satu kiraan untuk tuan rumah.

Kiraan yang boleh terus diberi kepada katering

Setiap jawapan masuk mengikut sesi dan pihak. Tidak perlu lagi mengira daripada sepuluh kumpulan WhatsApp.

Tetamu yang dijemput melalui pautan peribadi hanya nampak sesi untuk pihaknya. Senarai penuh boleh dimuat turun sebagai fail CSV untuk Excel.

SesiLelakiPerempuanPax
Akad nikah384179
Sanding12286298
Bertandang2149223
Contoh paparan sahaja, bukan data sebenar.

Yang tetamu dapat dalam satu pautan

  • Buka macam kad sebenar

    Sampul, pintu gerbang atau cop lilin, dengan nama tetamu di depan.

  • Jalan ke dewan

    Butang Google Maps dan Waze untuk setiap sesi.

  • Simpan tarikh

    Terus masuk ke kalendar Google atau iPhone.

  • Salam kaut

    Nombor akaun dengan butang salin dan kod QR DuitNow anda.

  • RSVP di dalam kad

    Dewasa dan anak kecil dikira ikut sesi, dengan had tempat.

  • Ucapan dan doa

    Terkumpul di satu tempat. Anda boleh sorok yang tidak sesuai.

Tiga langkah sahaja

  1. Langkah 1

    Pilih motif dan isi

    Nama pengantin, sesi majlis, lokasi dan salam kaut. Pratonton berubah sambil anda menaip.

  2. Langkah 2

    Masukkan senarai tetamu

    Setiap tetamu dapat pautan sendiri dengan namanya di depan kad.

  3. Langkah 3

    Aktifkan dan kongsi

    Hantar melalui WhatsApp, kemudian pantau jawapan RSVP dari telefon.

Soalan lazim

Tetamu perlu muat turun aplikasi?

Tidak. Kad Hadir ialah pautan web biasa yang dibuka dalam pelayar telefon. Kami tidak pernah menghantar fail APK.

Berapa bayarannya?

Mereka kad dan melihat pratonton adalah percuma. Bayaran hanya untuk mengaktifkan kad sebelum dikongsi kepada tetamu.

Apa beza kad draf dan kad aktif?

Kad draf memaparkan tanda pratonton dan menerima 3 jawapan RSVP sahaja. Kad aktif tiada tanda itu dan RSVP tidak dihadkan.

Boleh tukar design selepas isi maklumat?

Boleh. Motif, warna, animasi bukaan dan tulisan Jawi boleh ditukar bila bila masa tanpa hilang maklumat.

Ada tulisan Jawi?

Ada. Pilih daripada 7 gaya khat dan taip ejaan Jawi anda sendiri supaya nama kekal seperti yang anda mahu.

Macam mana tetamu dikira ikut pihak?

Masukkan nama tetamu dan pilih pihak lelaki atau perempuan. Setiap tetamu dapat pautan peribadi, dan jawapannya terus masuk ke lajur pihak yang betul.

Boleh simpan senarai RSVP?

Boleh. Muat turun semua jawapan sebagai fail CSV dan buka dalam Excel atau Google Sheets.

Reka dahulu, bayar bila sudah puas hati.

Daftar, pilih motif dan lihat kad anda siap dalam beberapa minit. Tiada bayaran selagi kad belum diaktifkan.

Mula reka kad