Terus ke kandungan

Dasar privasi

Maklumat yang kami simpan

Untuk pemilik kad: nama, e-mel, nombor telefon jika diberi, dan kata laluan yang disimpan dalam bentuk hash. Untuk kad: maklumat majlis, gambar, kod QR dan lagu yang anda muat naik. Untuk tetamu: nama, nombor telefon jika diberi, jawapan RSVP dan ucapan.

Cara maklumat digunakan

Maklumat digunakan untuk memaparkan kad, mengira RSVP dan membolehkan pemilik kad mengurus majlisnya. Kami tidak menjual maklumat ini dan tidak menghantar iklan kepada tetamu.

Siapa yang nampak

Sesiapa yang ada pautan kad boleh melihat kandungan kad, termasuk nombor akaun salam kaut dan ucapan yang tidak disorok. Jawapan RSVP hanya dilihat oleh pemilik kad dan pentadbir Hadir.

Kuki

Kami menggunakan satu kuki sesi untuk log masuk. Tiada kuki pengiklanan atau penjejak pihak ketiga dipasang oleh Hadir. Halaman kad memuatkan fon daripada Google Fonts.

Padam maklumat

Pemilik kad boleh memadam jawapan RSVP dan tetamu dari papan kawalan. Untuk memadam akaun atau kad sepenuhnya, hubungi kami.

Pengendali

Hadir dikendalikan oleh IKX Works, Malaysia.